Saturday 22 August 2015

RPH : TEMA SEKOLAH SAYA, SUB TEMA: DIRI SAYA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SLOT 1
MINGGU 5
TEMA: SEKOLAH SAYA
KELAS                                    : TADIKA JENGKA 1
TARIKH/HARI                       : 28 JULAI 2015 ( KHAMIS)
MASA                                     : 8.30-9.30 PAGI
BIL KANAK-KANAK           : 15 ORANG
MODUL                                  : TEMA
TEMA/TAJUK                        : DIRI SAYA
SUB TEMA                             : SEKOLAH SAYA
FOKUS MI                              :
KBKK                                      :
Tunjang utama                  : Sains dan Teknologi

Fokus Utama                     : Konsep nombor
(ST 7.0)

Standard Kandungan      : Memahami nombor 1-10
(ST 7.1)

Standard Pembelajaran : Membilang secara menaik 1-10 dan secara menurun 10-1.
(ST 7.1.7)

Kesepaduan Tunjang     : Berjalan dengan poster dan teknik yang betul
(PFK 2.1.1)                         
(PM 12.1.2)                         : Menjayakan aktiviti secara berkumpulan.

Objekftif Pembelajaran:
                                                Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat:
1.       Kanak-kanak boleh mengira objek 1 hingga 10.
2.       Kanak-kanak boleh membilang secara menaik 1-10.
3.       Kanak-kanak boleh membilang secara menurun 10-1.
4.       Kanak-kanak boleh mencantumkan nombor menaik 1 hingga 10.
5.       Kanak-kanak boleh mencantumkan nombor secara menurun 10-1.

Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak telah mempelajari membilang 1-10.

Penerapan nilai                 : tumpuan, keyakina, kerjasama, cermat dan keyakinan.

Bahan Bantu Mengajar  : Mangkuk, pemadam, pembilang, kad nombor 1-10, kad ulat, hanger,
                                                  Lembaran kerja, stiker, warna.

Kosa kata                             : Pembilang, menaik, menurun, ulat, mangkuk,pemadam.

LANGKAH
ISI PELAJARAN
LANGKAH/ AKTIVITI
CATATAN
SET INDUKSI
(5M)
Permainan teka bilangan pemadam.



1.       Kanak-kanak duduk separuh bulatan dan kemudian guru akan duduk dengan membawa 4 biji mangkuk dan pemadam.
2.       Kemudian guru akan membuat empat kumpulan  pemadam, setiap kumpulan guru letakkan bilangan yang berbeza.
3.       Setelah itu guru akan tutupkan himpunan setiap pemadam dengan mangkuk.
4.       Guru akan menggerakkan keempat mangkuk ini ke tempat yang berlainan kemudian kanak-kanak meneka berapakah biji pemadam pada mangkuk yang guru tunjuk, permainan ini diulangi.
KB: Membanding beza

MI:

BM: Mangkuk pemadam

PN: Tumpuan
LANGKAH 1
(10M)
Mengira 1-10
Mengira 10-1
Menyusun nombor 1-10
1.       Kanak-kanak diminta bersama dengan guru membilang 1-10 dengan pembilang.
2.       Kemudian guru akan minta pula kanak-kanak pula membilang 1-10.
3.       Kanak-kanak juga diminta untuk keluar kehadapan dan mengira secara menurun iaitu 10-1.
4.       Guru meminta sepuluh orang kanak-kanak keluar di hadapan dan kepada kanak-kanak ini guru letakkan kad nombor 1-10.
5.       Kanak-kanak diminta menyusun semula nombor menaik dengan arahan guru.
6.       Kanak-kanak yang lain juga diminta untuk menyusun semula nombor secara menurun pula.
KB: Membuat urutan

MI:

BM: pembilang kad nombor 1-10

PN: Keyakinan
LANGKAH 2
(25M)
Naik Tangga
Turun Tangga
Susun Badan Ulat
1.       Guru akan membahagikan kanak-kanak kepada 3 kumpulan dan guru akan menerangkan cara aktiviti ini dijalankan.
2.       Guru meminta kanak-kanak memijak kerta nombor 1-10 dan kemudian kumpulan ini akan mengambil kad bentuk ulat dan minta kanak-kanak mewarnakan bentuk nombor pada bahagian ulat dan akhir mencantumkan dengan menyusun nombor menaik 1-10 dengan hanger .
3.       Apabila selesai kanak-kanak dan kumpulan akan memijak kertas 1-10 iaitu menurun dan mengambil kad bentuk ulat yang kedua, warnakan gambar tersebut dan kemudian cantumkan cara menurun dan klip pada hanger.
4.       Kumpulan yang telah siap akan duduk dan kemudian pamerkan hasil kerja kumpulan mereka.
KB: membuat urutan

MI:

BBM:
-kad nombor 1-10
-kad bentuk ulat
-warna
-hanger

PN
kerjasama
LANGKAH 3
(15M)
Lembaran kerja

1.       Guru akan memberikan lembaran kerja kepada setiap orang kanak-kanak dan kanak-kanak diminta untuk menampalkan stiker nombor secara menaik 1-10 dan kemudian menampal stiker nombor 10-1 secara menurun.
KB: membuat urutan

MI:

BBM:
Lembaran kerja, stiker

PN: cermat
PENUTUP
(5M)
Nyanyain lagu ‘Satu Jari’.
1.       Kanak-kanak bersama dengan guru akan menyanyikan lagu Satu Jari.
2.       Kanak-kanak menyanyikan dengan pergerakan.
KB: Membandingkan

MI: muzik

PN: keyakinan

                                

No comments:

Post a Comment