Saturday 22 August 2015

RPH TEMA DIRI SAYA. SUB TEMA:SEKOLAH SAYA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(SLOT 2)
MINGGU 5
TEMA: SEKOLAH SAYA
Kelas                          : Tadika Jengka 1
Tarikh/ Hari               : 30 Julai 2015
Masa                          : 10.30-11.30 Pagi (60minit)
Bil. Kanak-Kanak     : 15 Orang
Modul                         : Bertema
Tema /Tajuk              : Diri Saya
Sub Tema                  : Sekolah Saya
Fokus Mi                    : Muzik
Kbkk              

Tunjang utama                     :  Fizikal dan Estetika
(KT 2.0)                                    Muzik

Fokus Utama:
(KT 2.0)                                  :  Muzik

Standard Kandungan         :  Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi
(KT 2.1)

Standard Pembelajaran      : Menyanyi mengikut nod lagu
(KTI 2.1.11)                              (iaitu riang dan bersemangat)

Kesepaduan Tunjang
(BM 1.19)                               : Membezakan jenis bunyi yang ada di persekitaran

(PSE 2.38)                         : Menunjukkan kebolehan sendiri melalui pelbagai  kaedah komunikasi seperti melukis, menyanyi dan berlakon.



Objektif Pembelajaran        :
                                               Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat:
1)    Kanak –kanak dapat mendengar dan menyebut perbezaan bunyi dari 4 botol-botol yang disediakan.
2)    Kanak-kanak boleh menyanyikan lagu Tadika Kemas dengan betul.
3)    Kanak-kanak boleh membuat persembahan kumpulan mengikuti kreativiti mereka.

Pengetahuan Sedia Ada     : Kanak- kanak pernah guru perdengarkan lagu Tadika Kemas.

Penerapan nilai                   : Tumpuan, keyakinan, teliti, kerjasama, kreativiti.

Bahan Bantu Mengajar      : Komik, botol, pasir, CD, carta lagu, kad gambar, gam
                                                 
Kosa kata                              : Botol, pasir, persembahan, pertandingan, pemenang.
















LANGKAH
ISI PELAJARAN
LANGKAH/AKTIVITI
CATATAN
SET INDUKSI
(5M)
Botol Muzik





1.    Guru membawa masuk sebuah kotak dan guru meneka apakah benda yang terdapat di dalam kotak tersebut.
2.    Kemudian guru minta seorang kanak-kanak menyentuh botol yang terdapat dalam kotak tanpa melihatnya.
3.    Kanak-kanak meneka bahan tersebut dan kemudian guru akan mengeluarkan keempat-empat botol tersebut.
4.    Guru telah meletakkan pasir ke dalam empat botol tersebut tetapi kandungan pasir yang berbeza.
5.    Kanak-kanak diminta mengetuk botol-botol itu dan hasilnya akan terdengar bunyi-bunyi yang berbeza.
6.    Bunyian pada botol ini boleh menghasilkan muzik.
KB: Membanding beza.

MI:
Visual muzik.

BBM:
Kotak, botol, pasir

PN:
Tumpuan.
LANGKAH 1
(15 MINIT)
Nyanyian mengikut CD

TABIKA KEMAS
Kita belajar membaca, menulis dan mengira,
Melukis bersama warna,
Di tadika kemas kita,
Belajar di tadika kita,
Bersama kawan-kawan semua,
Guru mengajar dan mendidik,
Bagi jadi cergas, serdas dan cerdik.
Kami anak-anak Malaysia
Kamilah pewaris Negara,
Berusaha hingga Berjaya,
Untuk Malaysia yang tercinta.
1.    Kanak-kanak duduk separuh bulatan dan guru akan perdengarkan kepada kanak-kanak lagu Tadika Kemas.
2.    Kemudian dengan menggunakan carta, guru akan menyanyikan bersama dengan kanak-kanak.
3.    Kanak-kanak diminta mengulangi lagu ini sebaris demi sebaris dengan bimbingan guru.

KB:
Membanding beza

MI:
Muzik

BBM:
CD, carta lagu.

PN:
Keyakinan

LANGKAH 2
(20M)
Menampal gambar mengikut lagu



1.    Guru akan terangkan bagaimana untuk menjalankan aktivit ini.
2.    Kemudian kanak-kanak di bahagi kepada 3 kumpulan.
3.    Setiap kumpulan guru berikan carta bentuk sekolah dan telah tertulis rangkap lagu pada setiap kumpulan.
4.    Kemudian kanak-kanak diminta menampalkan gambar-gambar mengikut rangkap lagu bagi kumpulan mereka.
5.    Sambil kanak-kanak menyiapkan aktivit ini guru perdengarkan lagu Tadika Kemas secara berulang-ulang.


LANGKAH 3
(15MINIT)
Nyanyian dan dipertandingkan.
1.    Semua kanak-kanak membuat barisan dan diminta menyanyikan lagu ini dengan baik bersama guru.
2.    Kemudian bergerak pada kumpulan mereka dan dengan menggunakan alat bahan yang dibuatr tadi, guru akan meminta pada setiap kumpulan akan menunjukkan persembahan bagi kumpulan mereka.
3.    Kumpulan yang memberikan persembahan yang baik iaitu menyanyikan dengan baik dan dikira pemenang.
4.    Guru akan memberikan ganjaran bagi kumpulan yang menang ini.
KB:
Membanding beza

MI;
Muzik

BBM:
Carta, CD

PN:
Kreativiti
PENUTUP
(5M)
Membaca puisi teka teki
1.    Kanak –kanak duduk dalam bulatan guru akan sebutkan puisi ini iaitu:

Tabika saya cantik,
Kalau tidak cantik,
Bukan tabika saya.


2.    Permainannya ialah kanak-kanak diminta senyapkan satu perkataan dalam puisi ini contoh ‘cantik’, jika ada di antara mereka yang menyebut cantik maka ianya didenda.
3.    Ulangi permainan ini.
KB:
Membanding beza

MI:
Verbal linguistic

PN:
Tumpuan


No comments:

Post a Comment